comscore
Tumpuan :
Nasional

Menteri Komunikasi dan Digital mahu kolaborasi bersama SofyanK

FOTO: Fahmi Fadzil/ Facebook

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada SofyanK, atas kejayaannya memenangi pertandingan ‘Ultimate VFX Challenge – Magic Of The Month’ di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata kejayaan anak muda itu telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia dan menyifatkan bakat SofyanK sebagai luar biasa.

FOTO: Fahmi Fadzil/ Facebook

“Tahniah buat anak muda, SofyanK, yang mengharumkan nama Malaysia (dan Lembah Pantai) dengan menjuarai Ultimate VFX Challenge di Los Angeles.

“Bakat SofyanK mencipta kandungan sangat luar biasa. Insya-Allah akan ada beberapa kolaborasi bersama beliau selepas ini. Paling menarik, beliau sangat beradab dan merendah diri. Terus berjaya, SofyanK,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.

Tangkap layar video YouTube Zach King

Pertandingan anjuran pencipta video digital terkenal, Zach King itu menyaksikan pertembungan antara SofyanK dan dua lagi pencipta video kreatif iaitu Eva dari Netherlands dan Brandon dari United Kingdom.

Sementara itu, King memuji kebolehan SofyanK dalam aspek penceritaan dan kesan videl atau ‘visual effect (VFX), sambil berharap SofyanK terus mencipta video kreatif pada masa depan.

Tangkap layar video YouTube Zach King

SofyanK sering kali mendapat perhatian netizen kerana menghasilkan video-video kreatif yang dikongsi di laman instagramya.

Dia juga pernah menarik perhatian antarabangsa apabila pelakon terkenal, Will Smith memuat naik semula video yang disuntingnya.

Selain itu, SofyanK pernah merakam kandungan bersama Paul Rudd (Ant-Man) dan Jonathan Majors (Kang The Conqueror).

Loading...
Terkini