comscore
Tumpuan :
Nasional

Mid Valley City dibuka semula esok


KUALA LUMPUR: Pengurusan Mid Valley City memaklumkan semua pejabat, hotel dan kedai dalam kawasan beli belah itu akan dibuka semula esok.

Perkembangan itu selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Kami telah menerima kebenaran daripada pihak berkuasa berkaitan mengenai pembukaan semula premis dengan selamat.

“Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan kesabaran anda sepanjang tempoh mencabar ini.

“Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa tempatan termasuk JBPM, TNB dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas serta kerjasama mereka sepanjang tempoh ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Terdahulu sebuah bilik pencawang TNB di bangunan pusat beli-belah Mid Valley City, terbakar kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Siasatan awal JBPM mendapati kebakaran di Mid Valley Megamall pagi tadi dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di dalam pencawang utama TNB yang terlampau panas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin, berkata minyak terbabit yang sukar untuk terbakar kerana ia boleh tahan sehingga suhu mencecah 137 darjah Celsius, digunakan untuk menyejukkan kabel di dalam pencawang dan bukan untuk menjana kuasa elektrik.

Loading...
Terkini