comscore
Tumpuan :
Nasional

Minuman probiotik berkesan kurangkan tekanan

Sistem penghadaman manusia berkait rapat dengan kesejahteraan manusia. – FOTO HIASAN.

MASALAH kesihatan mental menjadi antara masalah kesihatan yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pada tahun 2019, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 2.3 peratus orang dewasa dan 9.5 peratus kanak-kanak berusia 10 hingga 15 tahun mengalami masalah mental dan peratusan tersebut dijangka terus meningkat.

Ia disebabkan oleh beberapa faktor termasuk beban ekonomi serta keadaan sekeliling yang semakin mencabar saban hari.

Pelbagai usaha seperti mewujudkan talian bantuan kesihatan mental terus dipergiatkan bagi mengelakkan keadaan ini menjadi lebih parah.

Selain itu, bagi mereka yang menunjukkan potensi mengalami masalah mental, pengambilan makanan yang berkhasiat juga adalah sangat penting bagi menjamin kesejahteraan mental.

Ini kerana kesihatan otak berkait rapat dengan sistem penghadaman manusia.

Usus sebagai otak kedua

Menurut kajian yang dijalankan oleh Kumpulan Penyelidik GUT, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, minuman probiotik VITAGEN yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei terbukti secara klinikal dapat membantu meningkatkan aras serotonin manusia.

Hasil kajian tersebut menunjukkan selepas mengambil dua botol VITAGEN setiap hari selama 12 minggu, terdapat peningkatan hampir 47 peratus tahap Serotonin serta meningkatkan skor kualiti hidup sehingga 7.1 peratus.

Tahukah anda, kira-kira 95 peratus hormon Serotonin atau hormon gembira yang membantu meningkatkan ‘mood’ dan melegakan tekanan dihasilkan di dalam usus.

Serotonin adalah bahan kimia “rasa baik” semulajadi di dalam otak yang bertindak mengawal ‘mood’ dan menyumbang kepada tumpuan, kestabilan emosi, kebahagiaan dan ketenangan apabila berada pada tahap normal.

Justeru, jika seseorang mempunyai tahap serotonin rendah, ia sering dikaitkan dengan kemurungan, seterusnya memerlukan ubat-ubatan dalam rawatan masalah mental seperti kemurungan dan gangguan mood.

​​Walaupun kebanyakan neurotransmiter yang hampir sama dari segi biokimia boleh didapati di dalam otak, namun bahan kimia berkenaan tidak memasuki otak tetapi ia memberi isyarat kepada sistem saraf pusat menerusi probiotik.

Diklasifikasikan sebagai “otak kedua” oleh para saintis, usus bukan sahaja disambungkan ke otak melalui sistem neuron, malah ianya juga membebaskan neurotransmiter seperti serotonin penting untuk kesejahteraan mental manusia dan akan mempengaruhi emosi mereka.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada yang beranggapan bahawa usus merupakan otak kedua bagi manusia.

Namun begitu, tidak semua makanan mempunyai kadar probiotik yang mencukupi oleh badan manusia.

Minuman Susu Kultur VITAGEN

Lazimnya, masyarakat kita sering didedahkan dengan kebaikan probiotik yang terdapat di dalam minuman susu kultur seperti VITAGEN.

Sebotol VITAGEN mengandungi berbilion bakteria baik iaitu Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus paracasei yang terbukti secara klinikal dapat membantu menguatkan sistem penghadaman dan meningkatkan sistem imun kita.

Gabungan dua strain kultur hidup ini bukan sahaja dapat mengekalkan keseimbangan bakteria baik dan buruk, malah memelihara sistem penghadaman daripada masalah seperti cirit-birit dan sembelit.

Ia sekali gus dapat meningkatkan penghasilan hormon Serotonin bagi kesejahteraan mental individu.

Menurut Pengurus Besar VITAGEN, Poh Eng Lip, hasil kajian klinikal yang dijalankan ini menjadi penanda aras baharu buat VITAGEN sebagai jenama susu kultur terkemuka di Malaysia.

“Kami berharap agar dapat menemui lebih banyak penemuan yang mendalam mengenai peranan penting usus dalam memelihara kesejahteraan badan,” katanya.

Ayuh jaga kesihatan usus dan nikmati kebaikan probiotik secara sihat, mudah dan enak dengan minuman Susu Kultur VITAGEN setiap hari.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang VITAGEN sekarang.

Loading...
Terkini