comscore
Tumpuan :
Nasional

Morni Mamat, bekas Pengarah Bomba Selangor meninggal dunia

SHAH ALAM : Bekas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat meninggal dunia di Hospital Serdang, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, Morni meninggal dunia di Unit Rawatan Koronari (CCU), hospital berkenaan pada jam 6.45 pagi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Morni telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Serdang pagi ini,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Allahyarham Morni, 56, bertugas di Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Ibu Pejabat JBPM dimasukkan ke Hospital Serdang pada 19 Ogos lalu akibat serangan jantung.

Kemaskini maklumat mengenai masa dan tempat jenazah akan dikebumikan akan dikalumkan kemudian, menurut FB JBPM.

“Bersama-sama kita mendoakan semoga urusan pengebumian Allahyarham akan dipermudahkan dan ditempatkan bersama-sama kalangan orang yang beriman serta rohnya dicucuri rahmat,” katanya.

Loading...
Terkini