comscore
Tumpuan :
Nasional

MyAirline: MAVCOM bantu pengguna MyAirlines yang terjejas

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dalam satu kenyataan hari ini menggesa pengguna terjejas yang telah membuat tempahan dengan MYAirline untuk penerbangan pada 12 Oktober supaya menghubungi saluran aduan khusus syarikat penerbangan itu untuk pertanyaan dan bantuan berkenaan dengan tempahan mereka.

MAVCOM menegaskan MYAirline masih bertanggungjawab untuk membayar balik pengguna yang telah membeli tiket dengan syarikat penerbangan tetapi tidak dapat melakukan perjalanan.

Selain itu, MAVCOM telah mengarahkan MYAirline untuk segera menguruskan pengguna yang terjejas termasuk, memaklumkan mereka tentang penggantungan itu, menerbitkan pemberitahuan tersebut dalam syarikat penerbangan menerusi saluran komunikasi yang tersedia.

Menurut kenyataan itu lagi, Mavcom telah mengarahkan MYAirline untuk menghentikan serta-merta penjualan dan tempahan penerbangan dari semua platform tempahan sehingga notis selanjutnya.

“Mavcom sedang menyiasat syarikat penerbangan itu berdasarkan semakan dalaman dan aduan yang diterima mengenai pembayaran berkanun syarikat penerbangan yang belum dibayar kepada pekerjanya.

MAVCOM akan menyediakan perkembangan lanjut berkaitan operasi MYAirline dalam masa terdekat,” katanya.

Bagi pengguna yang terjejas, mereka boleh menghubungi talian bantuan melalui emel [email protected] atau saluran khusus MAVCOM :1800-18-6966 (Dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (Di Luar Malaysia).

Pengguna juga boleh menghubungi MAVCOM melalui e-mel di [email protected] dan borang web aduan FlySmart boleh didapati di https://flysmart.my/make-a-complaint/

Selain itu, aplikasi mudah alih FlySmart juga boleh dimuat turut menerusi gedung Google Play dan Apple App store.

Sebelum ini syarikat penerbangan tambang murah MyAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Oktober 2023 sehingga diberitahu kelak.

Dalam satu kenyataan, Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu memaklumkan keputusan penggantungan tersebut dibuat kerana tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini