comscore
Tumpuan :
Nasional

MYAirline mohon maaf

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan MyAirline melahirkan kekesalan dengan insiden pemakaian tali pinggang keledar bayi sehingga tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, MyAirline berkata pihaknya bertindak mengikut garis panduan yang  ditetapkan  Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM iaitu kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke atas harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka atas tujuan keselamatan.

Katanya, hanya kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke bawah yang wajib dipangku oleh penjaga dan memakai tali pinggang keselamatan tambahan.

“Baru-baru ini, terdapat satu insiden yang berlaku dalam pesawat kami berkaitan pemakaian tali pinggang keledar untuk bayi.

“Kami kesal dan ingin memohon maaf kepada salah seorang penumpang kami yang telah menaiki penerbangan tersebut atas pengalaman beliau yang kurang memuaskan,” katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan  MyAirline sedang melakukan siasatan terperinci  agar situasi sama tidak berulang.

“Di MYAirline, pengalaman anda adalah keutamaan kami. Kami mengutamakan keselesaan dan kepuasan setiap penumpang kami, khususnya bagi ibu, bapa dan penjaga yang melancong bersama kanak-kanak.

“Susulan daripada penyiasatan yang sedang dijalankan, kami komited untuk belajar daripada pengalaman ini untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan kami dan memastikan pelancongan yang positif untuk semua penumpang,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang bapa meluahkan rasa kecewa anaknya yang  berusia dua tahun hampir dihalau keluar oleh kapten sebuah pesawat ketika dalam penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur, 24 Mei lalu.

Loading...
Terkini