comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas bas-treler: Seorang lagi meninggal dunia, 36 cedera


RINGKASAN BERITA

Angka korban nahas bas-treler di Rompin, Pahang awal pagi tadi meningkat, apabila lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Mangsa yang maut ialah Hamzah Ahmad, selain Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang maut di lokasi kejadian dan Mohd Adi Hasan, 29, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.


KUANTAN: Angka korban nahas bas-treler di Rompin, Pahang awal pagi tadi meningkat, apabila seorang lelaki yang juga pembantu operasi SK Jeram, berusia 60 tahun meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Mangsa yang maut ialah Hamzah Ahmad, selain Hasnatul Adilah Hassan, 48, yang maut di lokasi kejadian dan Mohd Adi Hasan, 29, yang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof, berkata Hamzah Ahmad meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

“Mangsa ketiga yang meninggal dunia dikenali Hamzah Ahmad, 60,” katanya.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof.

Awal pagi tadi, dua maut iaitu Hasnatul Adilah Hassan, 48 dan Mohd Adi Hasan, 29, manakala 36 penumpang cedera.

Bas berkenaan membawa guru dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak ke Terengganu untuk program penanda aras.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini