comscore
Tumpuan :
Nasional

Nenek terperangkap rumah terbakar diselamatkan anggota Bomba

Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran tiga rumah berhampiran rumah pangsa Banda Hilir, tengah malam tadi. Foto-Ihsan JBPM Melaka.

MELAKA: Seorang wanita warga emas yang terperangkap di dalam kebakaran kediamannya di rumah pangsa Banda Hilir sini, terselamat susulan tindakan pantas anggota bomba.

Dalam kejadian 12.30 tengah malam tadi, mangsa berusia 83 tahun bagaimanapun mengalami kecederaan melecur pada tangan.

Komander Operasi Kanan, Timbalan Penguasa Bomba II, Yazid Mohd Tahir berkata, mangsa diselamatkan dan dihantar menaiki ambulans Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu diterima daripada orang awam pada jam 12.50 tengah malam.

Katanya, seramai 21 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dan Padang Temu terbabit operasi pemadaman kebakaran membabitkan tiga unit kediaman.

“Api berjaya dikawal daripada merebak dalam masa 22 minit dan operasi selesai jam 2.45 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini