comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pasangan suami isteri maut rumah terbakar

KAJANG: Suami isteri maut dalam kejadian kebakaran di rumah mereka di Taman Megah di sini, awal pagi ini.

Pasangan warga Indonesia berusia 40-an dan 50-an itu ditemui pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika operasi memadamkan kebakaran.

Pengarah JBPM Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.13 pagi sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dengan kekuatan lapan anggota dikejarkan ke lokasi.

“Kebakaran membabitkan alat perkakasan elektrik di ruangan bawah tangga rumah teres dua tingkat itu.

“Api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya. Terdapat dua mangsa dipercayai suami isteri mengalami melecur dan sesak nafas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia.

Loading...
Terkini