comscore
Tumpuan :
Nasional

NSTP terima anugerah The BrandLaureate BestBrands Awards

 

Pengarang Urusan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua kanan) bersama Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim (tengah); Pengarah Pembangunan Perniagaan Akademi Omnia, Roche Chew (kiri), Pengurus Besar Operasi Perniagaan NSTP, Aswan Abdul Kadir dan Pengurus Strategi Pemasaran dan Sokongan Jualan Komunikasi Pemasaran NSTP, Kamarul Aznam Kamarozaman (kanan) meraikan kejayaan memenangi The BrandLaureate Best Brands Awards 2022-2023 bagi kategori Kecemerlangan Lama Dalam Media dan Kewartawanan di ibu negara malam tadi.- – Foto NSTP/Aizuddin Saad

KUALA LUMPUR: New Straits Times Press (M) Berhad menerima anugerah The BrandLaureate BestBrands Awards 2022-2023 bagi kategori Kecemerlangan Lama Dalam Media dan Kewartawanan.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden BrandLaureate, Prof Dr KK Johan kepada Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengarang Kumpulan New Straits Times Farrah Naz Abd Karim.

KK Johan berkata, anugerah yang memasuki tahun kelapan penganjuran itu bertujuan meraikan ‘perjalanan hebat’ bagi setiap jenama berjaya menempuh cabaran dan kekal teguh dalam tujuan serta visi mereka.

Menurutnya, setiap jenama diraikan itu bukan sahaja melebihi jangkaan tetapi juga meletakkan penanda aras dengan mewujudkan semangat, keaslian dan keupayaan mencipta perubahan positif terhadap perniagaan serta masyarakat.

“Di sebalik setiap kisah kejayaan jenama ini, kami temui kisah keazaman yang tidak berbelah bahagi, pemikiran inovatif dan komitmen terhadap kecemerlangan.

“Walaupun mencapai kejayaan adalah penting tetapi kegemilangan terbesar adalah terletak pada proses mengatasi kesukaran bagi menentukan kehebatan kita.

“Hari ini, jenama anda adalah bukti kepada kuasa keazaman dan inovasi di mana anda bukan saja menerima cabaran tetapi menggunakannya sebagai batu loncatan kepada kejayaan,” katanya ketika berucap dalam majlis penyampaian anugerah itu di sini, malam ini.

Kira-kira 50 jenama terkenal menerima anugerah masing-masing dalam majlis bertemakan ‘Sentiasa Jadi Juara Jenama, Tidak Kira Apa Pun, Tidak Kira Bagaimana, Tidak Kira Bila’ itu.

Sementara itu, KK Johan turut menekankan keazaman kepada setiap jenama untuk terus berani melangkah ke hadapan dan berdepan cabaran.

“Jangan takut jatuh, sedar bahawa perjalanan tidak akan sentiasa lancar tetapi itu adalah kehebatan yang akan dicapai jika ada kekuatan, keazaman dan potensi.

“Pencapaian mereka sememangnya wajar diberi pengiktirafan dan kita harap dengan anugerah ini, mereka akan terus menerajui transformasi positif dan melakarkan kejayaan baharu.

“Sempena sambutan Bulan Merdeka Malaysia juga, kami mengiktiraf sumbangan mereka yang tidak ternilai kepada negara, ekonomi dan masyarakat,” katanya.

Loading...
Terkini