comscore
Tumpuan :
Nasional

Nur Shafina hilang sejak kelmarin dan tidak ke sekolah – Polis

 

HULU LANGAT: Seorang suri rumah membuat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuannya, seorang pelajar tingkatan tiga selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan remaja berkenaan jam 10.40 pagi, semalam.

Artikel berkaitan: Nur Shafina, pelajar tingkatan 3 yang hilang sudah ditemui semalam

“Berdasarkan laporan dibuat pengadu, dia memaklumkan anaknya, Nur Shafina Maisarah Abdullah, 15, masih belum balik dari sekolah, kelmarin.

“Remaja terbabit dikatakan pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Pengadu ada menghubungi guru kelas anaknya, namun dimaklumkan dia tidak hadir ke sekolah.

“Sehingga laporan polis dibuat, semalam, anak pengadu masih belum balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, siasatan dilakukan mendapati kali terakhir remaja itu dilihat oleh ibunya jam 6.15 pagi, kelmarin, ketika keluar rumah menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan.

“Saksi yang juga rakan sekolahnya ada melihat remaja berkenaan turun dari bas tetapi dia tidak masuk ke kawasan sekolah.

“Difahamkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga sebelum ini.

Pengadu cuba hubungi telefon bimbit anaknya, namun panggilan tidak dijawab,” katanya.

Beliau berkata, kes itu diklasifikasi sebagai kes orang hilang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung keberadaan remaja terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohamad Najib Mohd di talian 012-3429297 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini