comscore
Tumpuan :
Nasional

Nurul Izzah Pilih Yin Shao Loong Sebagai Suami

PETALING JAYA : Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar selamat diijab kabul pada petang Jumaat (5 Ogos), dengan Yin Shao Loong dalam sebuah majlis yang dihadiri ahli keluarga dan kenalan terdekat, di ibu negara.

Nurul Izzah memakluman perkara itu dalam satu kenyataan ringkas bersama yang dikeluarkan pada Jumaat malam.

Menurut kenyataan itu pernikahan mereka berwalikan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Anwar Ibarahim.

“Kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat”

“Kami memohon doa kalian semua… agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” menurut kenyataan itu lagi.

Nurul Izzah pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada tahun 2003, bagaimanapun pernikahan mereka berakhir pada 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Loading...
Terkini