comscore
Tumpuan :
Nasional

Op Selamat 20: 1,147 kemalangan direkodkan hari ketiga

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM/Facebook

PETALING JAYA: Sebanyak 1,147 kes kemalangan direkodkan pada hari ketiga pelaksanaan Op Selamat 20 di seluruh negara, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) berkata, jumlah itu membabitkan 1,720 kenderaan pelbagai jenis.

Daripada jumlah itu 73.7 peratus daripadanya adalah kereta.

“Statistik jumlah kenderaan terbabit kemalangan jalan raya menunjukkan 1,268 adalah kereta, motosikal (209), pacuan empat roda (4WD) (102), kenderaan pelbagai guna (MPV) (85), van (36), lori (11), bas (tujuh) dan teksi (dua),” menurutnya dalam kenyataan melalui Facebook, hari ini.

Semalam, media melaporkan 1,389 kes kemalangan dicatat di seluruh negara berdasarkan statistik hari kedua Op Selamat 20, kelmarin.

Sehubungan itu, JSPT menasihati semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.

Loading...
Terkini