comscore
Tumpuan :
Nasional

JSPT laksana Op lancar sempena Aidiladha mulai esok

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula esok hingga 2 Julai sempena perayaan Aidiladha.

JSPT dalam kenyataan malam ini memaklumkan operasi berkenaan adalah bagi memastikan aliran trafik bergerak dengan baik di seluruh negara.

“Op Lancar ini berperanan dalam memantau dan mengambil tindakan penyuraian lalu lintas di semua lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur dan lebuh raya yang menghubungkan negeri dan daerah seperti jalan persekutuan, jalan negeri serta jalan bandaran.

“Selain itu, persimpangan lampu isyarat atau persimpangan yang dijangkakan berlaku kesesakan (hotspot) yang melampau turut dipantau bagi memberi keselesaan pergerakan lalu lintas,” menurut kenyataan itu.

JSPT memberikan peringatan kepada pengguna jalan raya agar sentiasa bekerjasama, berhemah, berhati-hati dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada pemanduan bagi mengelak kemalangan berlaku.– BERNAMA

Loading...
Terkini