comscore
Tumpuan :
Nasional

Operasi TLDM, polis musnahkan bom Perang Dunia Kedua

Pasukan Pemusnah Bom TLDM melakukan pemeriksaan sebelum melaksanakan operasi memusnahkan bom berkenaan. – FOTO: NSTP

KOTA KINABALU: Operasi memusnahkan bom Unexploded Ordnance (UXO) oleh Pasukan Pemusnah Bom Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua di Pulau Mantanani, Kota Belud, Isnin lalu.

Menurut satu kenyataan TLDM semalam, kerja memusnahkan bom lama itu dilakukan oleh pasukan berkenaan yang dianggotai Pasukan Selam bersama Juruteknik Peluru Depot Peluru dan Letupan Timur diketuai oleh Komander Mohammad Nasrul Mat Daut TLDM.

Katanya, pasukan ini diatur gerak bagi membantu polis dalam misi memusnahkan bom itu di perairan berkenaan.

“TLDM sebelum ini menerima permohonan bantuan daripada IPD Kota Belud untuk memeriksa satu objek yang dipercayai bom lama di pesisiran pantai Pulau Mantanani yang berada 43 batu nautika Timur Laut Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).

“Hasil siasatan dan temubual saksi mendapati objek itu disahkan UXO yang tidak aktif jenis Semi Armour Piercing Bomb, 500lbs, AN-M58 buatan Amerika Syarikat yang digunakan ketika zaman Perang Dunia Kedua oleh pasukan Pemusnah Bom TLDM,” katanya.

Menurutnya, bom berkenaan kemudian dibawa ke daratan dan dimusnahkan oleh pasukan pada sebelah petang dengan selamat.

Loading...
Terkini