comscore
Tumpuan :
Nasional

Kronologi nahas helikopter TLDM terhempas di Lumut


PETALING JAYA: 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) disahkan meninggal dunia dalam insiden dua helikopter bertembung dan terhempas semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-90 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, pagi tadi.

Berikut adalah kronologi nahas pada Selasa (23 April 2024).

9.03 pagi: Helikopter berlepas dari Padang Sitiawan.

9.32 pagi: Dua helikopter yang sedang menjalani raptai berlanggar di udara dan terjatuh di Pangkalan TLDM Lumut.

Pesawat HOM yang dinaiki tujuh kru terhempas di Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec yang membawa tiga lagi individu terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

9.45 pagi: Pusat Operasi Armada (POA) Barat menerima maklumat daripada MK Udara yang memaklumkan terdapat sebuah helikopter HOM (M503-3) dan sebuah Fennec (M502-6) bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

9.50 pagi: Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian 9.50 pagi sebelum dua jentera dikejarkan ke lokasi.

10.20 pagi: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengaktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika Kuala Lumpur (KLARCC) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

12.12 tengah hari: Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memaklumkan pihak TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian yang melibatkan helikopter TLDM.

1.55 petang: Tujuh lelaki, tiga wanita dikenalpasti mangsa terkorban dalam insiden helikopter terhempas di Lumut

Semua mangsa helikopter terhempas di Lumut telah dibawa keluar, akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat – Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri

3.51 petang: Lebih 30 pengamal media dibawa menaiki bas masuk ke dalam kem untuk mengikuti sidang media Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

3.59 petang: Identiti 10 kru yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini telah dikenal pasti.


4.00 petang: Sidang media oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkenaan nahas dua helikopter bertembung di udara sebelum terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak.

 


4.47 petang: Dua Pegawai Memerintah Skuadron Helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) adalah di antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas membabitkan dua helikopter pasukan itu di Lumut, Perak, hari ini.

4.50 petang: Sambutan Ulang Tahun Perbarisan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Ke-90 yang dijadual berlangsung Sabtu ini, dibatalkan dan digantikan dengan majlis tahlil serta doa selamat.


5.40 petang: Tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak yang mengorbankan 10 orang pagi tadi, turut mencederakan seorang anggota pasukan itu yang berada di lokasi kejadian.

5.50 petang: Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, hari ini.

 


6.00 petang: Strim langsung perkembangan terkini, berkenaan nahas dua helikopter bertembung di udara sebelum terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bersama wartawan Hilmi Abdul Malek dari Hospital Raja Permaisuri Bainon, Perak.


6.43 petang: Kesemua 10 jenazah tragedi dua buah helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) tepat jam 6 petang diiringi konvoi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


7.20 malam: Bapa Allahyarham Bintara Muda Noor Rahiza Anuar pula, sayu dalam mengimbas janji anaknya, untuk pulang ke rumah Jumaat ini, bagi membawanya mendapatkan rawatan kesihatan di Alor Setar.


8.00 malam: Kesemua 10 jenazah mangsa nahas dua helikopter TLDM tiba di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainon Ipoh untuk proses bedah siasat.


***PIHAK TLDM MEMOHON ORANG RAMAI TIDAK MENULARKAN VIDEO KEJADIAN DEMI MENJAGA SENSITIVITI KELUARGA DAN PROSES SIASATAN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini