comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Paip pecah punca runtuhan cerun bangunan MACA

 

KUALA LUMPUR: Runtuhan cerun di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini berpunca dari kebocoran sistem perpaipan bekalan air di kawasan terlibat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata punca kejadian itu diketahui hasil siasatan awal Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, kebocoran paip mengakibatkan tanah mengalami ketepuan tinggi, seterusnya meningkatkan tolakan mendatar (lateral force) kepada tembok penahan.

Anggota Bomba melakukan pemantauan di lokasi kejadian tanah runtuh di bangunan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur. – FOTO: NSTP

“Sebahagian tembok penahan itu runtuh bersama-sama dengan tanah cerun,” katanya dalam catatan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, dalam siasatan itu, pihaknya mendapati ketika kejadian cuaca baik dan tiada hujan.

“Taburan hujan di Stesen Sentul untuk 4 hari dari 21 April 2023 hingga 24 April 2023 juga mencatatkan bacaan yang tinggi antara 16.0 milimeter (mm) hingga 47.5 mm,” katanya.

Alexander berkata, setakat ini JKR memerlukan lukisan terbina (As-built Drawing) struktur tembok penahan sedia ada dari pihak pemilik bangunan, untuk tujuan membuat semakan lanjut terhadap struktur tembok penahan berkenaan.

Katanya, kerja pembersihan tapak juga akan bermula petang ini, melalui kontraktor yang dilantik serta kerja pemasangan kanvas di kawasan cerun runtuh bagi mengelakkan resapan air hujan terus ke tanah.

“Kerja pemasangan ’tilt sensor’ (inclinometers) bagi memantau pergerakan tanah di kawasan tersebut dijangka akan dipasang bermula esok,” katanya.

Loading...
Terkini