comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pakej 5G RAHMAH boleh dilanggan mulai hari ini – Fahmi

PUTRAJAYA: Mulai hari ini, bersempena sambutan Hari Kebangsaan rakyat Malaysia layak melanggan Pakej 5G RAHMAH dengan spesifikasi asas pelan data membabitkan telefon pintar berharga tidak melebihi RM240.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata pakej yang menawarkan pelan pascabayar serendah RM60 sebulan dengan data minimum 60GB boleh dilanggan sehingga Disember tahun ini.

“Penjawat awam juga akan mendapat rebat RM10 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pakej pascabayar bernilai RM60 dan ke atas, mulai 16 September ini,” katanya selepas sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini.

Bagi menghargai pengamal media, Fahmi berkata, golongan itu boleh menikmati rebat sebulan bil telefon bimbit bagi September di bawah Insentif Rebat RAHMAH Pengamal Media.

Beliau berkata semua pengamal media yang memiliki kad perakuan media Jabatan Penerangan layak mendapat rebat satu bulan bil telefon bimbit itu.

“Insya-Allah akan ada beberapa perkara lagi akan diusahakan untuk pengamal media,” katanya.

Ketika melancarkan pakej 5G RAHMAH kelmarin, Fahmi berkata, spesifikasi asas bagi pemberian pakej itu membabitkan pilihan telefon pintar sama ada jenama Samsung A14 5G atau Honor 90 Lite 5G.

Beliau turut menggalakkan  pihak telco menyediakan tawaran lebih baik.

Loading...
Terkini