comscore
Tumpuan :
Nasional

PAS, syarikat penerbit Harakah diarah bayar hutang lebih RM600,000 kepada pencetak 

PETALING JAYA: PAS dan syarikat yang menerbitkan Harakah, akhbar rasmi milik parti itu diarah oleh Mahkamah Sesyen supaya membayar hutang lebih RM600,000 kepada sebuah syarikat percetakan.

Hakim Lailatul Zuraida Harron @ Harun memberikan keputusan yang memihak kepada NAJ Press Resources Sdn Bhd selepas mendapati PAS dan Galeri Media Serbanika Sdn Bhd akui jumlah yang terhutang dalam surat-menyurat antara mereka.

Katanya, mahkamah menganggap maklumat itu suatu pengakuan oleh PAS dan syarikat penerbit Harakah berhubung hutang kepada NAJ Press Resources, maka mereka terikat olehnya.

“Mahkamah percaya bahawa pembelaan yang dibangkitkan hanyalah penafian semata-mata, dan fakta mengenai syarikat percetakan lain yang tidak relevan dengan tuntutan ini adalah tidak relevan dan cubaan untuk mengelirukan mahkamah,” tegas hakim.

Terdahulu, pada 2019 NAJ Press Resources menerusi suatu surat menuntut PAS dan syarikat penerbit Harakah membayar hutang tertunggak sebanyak RM3,053,204.59.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan syarikat penerbit Harakah berhutang dengan sebuah syarikat percetakan.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan bahawa PAS sengaja ‘lari’ dan enggan membayar hutang.

Loading...
Terkini