comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan suami isteri ditahan kerana cuba dapatkan pasport Malaysia guna identiti palsu

Oleh : Zahir Senapiah 

JOHOR BAHRU: Cuba mendapatkan pasport Malaysia bagi seorang kanak-kanak warga Sri Lanka, di Kulai, sepasang suami isteri ditahan.

Pasangan berkenaan dikatakan menggunakan identiti anak kandung mereka bagi memohon pasport antarabangsa untuk kanak-kanak lelaki itu.

Sebagai imbuhan mereka dijanjikan sejumlah bayaran oleh seorang individu yang masih bebas.

Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharuddin Tahir dalam satu kenyataan berkata, perbuatan itu dikesan pegawainya yang bertugas di kaunter pasport cawangan Kulai, jam 10 pagi semalam.

“Pegawai yang bertugas mula merasa curiga apabila beberapa soalan yang dikemukakan kepada kanak-kanak warga Sri Lanka berkenaan gagal dijawab, sebaliknya semua soalan dijawab oleh pasangan suami isteri berkenaan” jelasnya.

Ujarnya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kanak-kanak terbabit juga tidak pernah bersekolah seperti mana yang dinyatakan oleh pasangan suami isteri berkenaan dan gagal berbahasa melayu.

Susulan itu, pasangan terbabit ditahan dibawah seksyen 12(A) Akta pasport 1966 bagi membantu siasatan lanjut.

Loading...
Terkini