comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasangan suami isteri maut, anak parah

Anggota bomba bertungkus lumus mengeluarkan mangsa

SETIU: Sepasang suami isteri maut manakala seorang anak mereka parah dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan.

Kejadian berlaku di Jalan Kuala Terengganu Kota  Bharu berdekatan Kampung Selamat , Setiu petang tadi.

Mangsa Faizul Azman Awang, 44 tahun dan isterinya Habshah Ismail, 42 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak pasnagan itu Muhammad Daniel Zulkarnain 13 tahun yang parah dikejarkan ke Hospital Setiu.

Dalam kejadian jam 1.12 petang tadi, mangsa yang menaiki Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuantan selepas menziarahi  abang ipar yang meninggal dunia di Besut.

Setiba di lokasi kejadian kenderaan dipandu Faizul bertembung dengan lori yang tiba tiba memasuki laluan bertentangan.

Akibat rempuhan kuat, kedua dua mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, pemandu lori dan kelindan serta 11 orang daripada tiga kenderaan lain terlibat nahas tidak mengalami kecederaan.

Mayat pasangan suami isteri itu di bawa ke Hospital Setiu untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini