comscore
Tumpuan :
Nasional

Suami isteri terbunuh, dua lagi parah kereta terbabas

Foto: Ihsan Bomba Perak

GOPENG: Pasangan suami isteri maut manakala dua yang lain termasuk seorang kanak-kanak parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kota Bharu, di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng, Noor Azhan Noor Fauzi, berkata nahas membabitkan kereta jenis Proton Perdana.

Katanya, panggilan diterima jam 4 petang sebelum anggota dari BBP Gopeng dibantu oleh BBP Kampar digerakkan ke lokasi.

Mangsa lelaki yang maut dikenali Mohd Ramddan Abd Rahim, manakala isterinya, Kisdalliana Saad, 43.

Foto: Ihsan Bomba Perak

Beliau berkata, dua mangsa yang cedera parah ialah seorang wanita berumur 63 tahun serta seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun.

Mangsa dikeluarkan oleh orang awam yang melalui jalan itu.

Menurutnya lagi, dua mangsa yang maut diserah kepada polis untuk tindakan lanjut.

Manakala dua mangsa yang parah dihantar ke hospital menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Gopeng serta ambulans.

Loading...
Terkini