comscore
Tumpuan :
Nasional

Pasukan penyelamat guna jengkaut keluarkan badan pesawat

Pasukan SAR menggunakan jengkaut bagi mengeluarkan badan pesawat yang terhempas di Kapar, hari ini. FOTO: NSTP

KLANG: Pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan menggunakan jengkaut bagi mengeluarkan badan pesawat yang terbenam dalam tanah di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Tok Muda, Kapar, hari ini.

Terdahulu pasukan SAR turut menggunakan beberapa peralatan termasuk cangkul bagi membawa keluar badan pesawat itu.

Keadaan juruterbang dan penumpang pesawat terbabit belum diketahui dan dipercayai terbenam di dalam tanah.

Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menerbangkan dron di lokasi penemuan pesawat terhempas.

Terdahulu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan terdapat dua penumpang termasuk seorang juruterbang dalam pesawat yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar di sini, tengah hari tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini