comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PATI pandu kereta sewa lebih 300 kilometer dari Pulau Pinang, ditahan

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Pendatang asing tanpa izin (Pati) padu kereta sewa lebih 300 kilometer dari Pulau Pinang ke ibu negara tanpa dokumen perjalanan dan lesen yang sah.

Itu antara kesalahan yang dikesan menerusi Operasi Bersepadu yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Plaza Tol Jalan Duta di ibu negara, semalam.

PATI yang dipercayai warganegara Indonesia ditahan pada sekatan jalanraya di Plaza Tol Jalan Duta, ibu negara, semalam.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, pemandu berusia 20-an berkenaan mendakwa menyewa Honda City dinaiki mereka pada harga RM250 sehari, daripada seorang individu warga Pakistan di ibu negara, kononnya bagi urusan kerja bersama dua rakannya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail.

Mohd Zaki berkata, kereta yang dinaiki tiga sekawan itu antara 2,512 kenderaan diperiksa menerusi operasi bersepadu berkenaan dan 416 notis saman dikeluarkan dan 11 kenderaan disita.

“Kesalahan tertinggi membabitkan tiada lesen memandu kompeten sebanyak 144 kes, cermin gelap (87), cukai jalan (46), teknikal (38), nombor pendaftaran (37), insurans (35), lain-lain (16), lampu HID (tujuh), dan tiada lesen vokasional (empat).

“11 kenderaan disita terdiri daripada tiga motosikal dan lapan kereta disita atas pelbagai kesalahan,” katanya pada sidang media di lokasi operasi di ibu negara.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha dan Pengarah Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan.

Menurutnya, operasi bersepadu itu dijalankan bersama pelbagai agensi antaranya Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.

“Operasi dijalankan dengan kekuatan 143 anggota pelbagai agensi antaranya pegawai dan anggota daripada JPJ seramai 99 serta JSPT lapan orang.

“Turut terbabit, anggota dan pegawai daripada AADK, seramai 18 orang; JIM Kuala Lumpur (10) dan JAS (lapan),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini