comscore
Tumpuan :
Nasional

PDRM Gerakkan 94,411 Anggota Bertugas Pada PRU-15

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani. – FOTO : NSTP

KUALA LUMPUR : Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan 94,411 anggotanya bagi kesiapsiagaan penugasan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM juga akan bekerjasama erat dengan semua agensi terutama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan proses pemilihan demokratik di Malaysia berjalan lancar.

“Pada masa yang sama juga persediaan sudah diatur oleh PDRM untuk berganding bahu dengan lain-lain agensi penyelamat bagi bersama menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya bencana alam dalam tempoh berlangsungnya PRU-15 kelak.

“PDRM meminta kerjasama semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan supaya proses pilihan raya berlangsung tanpa sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebagai anggota masyarakat yang matang dalam menghadapi senario politik, usaha semua pihak untuk tidak menyentuh perkara-perkara sensitif amat diperlukan.

“PDRM komited dalam menjalankan penugasan bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara,” katanya. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini