comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PDRM jamin keselamatan Wahab, gesa tampil bantu siasatan video tular

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjamin perlindungan ke atas Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani atau lebih dikenali Wahab untuk tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan video tular dengan bekas ketua pengarahnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya belum lagi menerima apa-apa laporan berkaitan ancaman keselamatan yang didakwa diterima Wahab.

“Kita cuba meyakinkan beliau bahawa tidak ada isu keselamatan, sekiranya timbul beliau kena beritahu kita apa ancaman keselamatan itu dan pihak kami sedia membantu dan menjamin keselamatan beliau dalam konteks untuk menyelesaikan kes ini,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, pagi tadi.

Setakat ini polis telah merakam keterangan daripada empat individu termasuk yang dipercayai Mr. H.

Bagaimanapun pengesahan identiti yang dipercayai Mr. H itu hanya boleh disahkan selepas mendapat keterangan Wahab.

“Mr. H masih lagi misteri kerana kita belum berjumpa Wahab kerana Wahab saja yang tahu Mr. H, jadi sekiranya Wahab confirm Mr. H, baru kita boleh panggil secara positifnya mengenalpasti siapa Mr. H ni

Terdahulu peguam Wahab, Faizal Rahman memaklumkan, anak guamnya tidak membantu siasatan polis kerana bimbang dia “dicari” dua kumpulan individu di rumahnya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini