comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PDRM siasat kenyataan Tun M berunsur penghinaan terhadap institusi diraja

 

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad semalam susulan kenyataan beliau mengenai proklamasi orang Melayu pada 6 Jun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan yang dibuat itu berkecenderungan menghasut bagi mendatangkan penghinaan atau membangkitkan perasaan tidak setia terhadap institusi diraja.

Dalam satu kenyataan, Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata turut diambil keterangan bagi membantu siasatan ialah Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Datuk Marzuki Yahya.

Kes katanya disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jelas Datuk Seri Mohd Shuhaily, kes masih di peringkat siasatan dan orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau berkongsi maklumat yang salah sehingga mengganggu proses siasatan.

PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan berhemah serta elakkan daripada mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menggugat keharmonian dan perpaduan terutamanya melibat isu 3R.

Loading...
Terkini