comscore
Tumpuan :
Nasional

Pegawai Khas TPM meninggal dunia

Ramesh Rao. Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas Hal Ehwal Kaum India kepada Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao meninggal dunia pagi tadi.

Perkara itu disahkan oleh Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi, menurut BERNAMA.

Difahamkan, mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ramesh dikenali sebagai individu yang aktif memperjuangkan kebajikan masyarakat di negara ini, terutamanya kaum India.

Mendiang dilantik sebagai Pegawai Khas Ahmad Zahid pada 24 Disember lalu. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini