comscore
Tumpuan :
Nasional

Pekerja kilang buat aksi ‘drift’ direman dua hari

BATU PAHAT: Pekerja kilang yang melakukan aksi ‘drift’ dengan memandu Toyota Supra hingga merempuh kenderaan lain di Taman Botani, di sini, kelmarin direman dua hari bermula hari ini.

Majistret Nurasidah A Rahman mengeluarkan perintah reman terbabit bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terhadap suspek berusia 20-an berkenaan.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Semalam, satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang lelaki memandu Toyota Supra melakukan aksi terbabit sebelum merempuh kenderaan lain diparkir di tepi jalan.

Video berdurasi 38 saat itu tular di Facebook, semalam dan polis berjaya menahan lelaki itu dan turut merampas Toyota Supra untuk siasatan lanjut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini