comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelajar lelaki 14 tahun dilapor hilang

Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi

PETALING JAYA: Seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Cheras, ibu negara sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata kali terakhir mangsa, Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi dilihat di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras jam 12.30 tengah hari semalam.

Menurut beliau, polis IPD Cheras menerima laporan polis berhubung kehilangan pelajar itu lebih kurang jam 1.21 petang semalam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.

Loading...
Terkini