comscore
Tumpuan :
Hiburan

Pelakon lelaki dipercayai berkhalwat dengan pelakon wanita popular

FOTO: Melodi TV3 / TikTok

KUALA LUMPUR: Adik kepada pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan laporan media mengenai dakwaan pelakon berstatus suami orang ditahan berkhalwat dengan seorang pelakon wanita popular di sebuah kondominium mewah awal pagi tadi adalah abang iparnya, Aliff Aziz.

Menurutnya, dia bersama kakaknya hadir ke pejabat Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat pasukan penguat kuasa terbabit.

“Ya, mereka (Aliff Aziz dan pelakon wanita) ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),” katanya yang ditemui media, termasuk Harian Metro dan Melodi program terbitan TV3.

“Kalau boleh beri ruang kepada kakak saya untuk dia bertenang terlebih dulu sebab apa yang berlaku ini amat mengejutkan kami sekeluarga.

“Kami pun tak tahu nak bagi reaksi macam mana. Insya-Allah apabila kakak saya sudah bersedia dia akan berikan kenyataan,” katanya ketika di pejabat Jawi.

Didi berkata, dia mengetahui perkenalan abang iparnya dengan pelakon wanita itu.

“Sebagai adik saya tidak mahu masuk campur urusan keluarga kakak saya. Cuma kami sekeluarga kenal rapat dengan pelakon wanita itu tetapi tak tahu sejauh mana hubungan mereka.

“Saya pun tak berani nak cakap berapa kerap sudah mereka keluar bersama,” katanya.

Sementara itu, Bella yang ditemui enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung tangkapan yang dibuat terhadap suaminya.

Terdahulu, media mendedahkan dua artis berkenaan ditahan dipercayai berkhalwat di kediaman milik pelakon wanita itu di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini