comscore
Tumpuan :
Nasional

Pelancong Korea, China terperangkap dalam gua diselamatkan Bomba

Foto Ihsan JBPM Perak

Oleh Kumaran Rajamoney

IPOH: Dua pelancong asing masing-masing dari China dan Korea Selatan diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap di dalam Gua Sam Poh Tong Temple, Simpang Pulai di sini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Perak, dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu sekitar jam 2.26 petang dari mangsa sendiri.

“Sepasukan sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai dikejarkan ke lokasi. Mangsa dipercayai terperangkap susulan dari penutupan pintu utama selepas waktu operasi gua itu yang ditamatkan pada jam dua petang.”

“Pihak bomba kemudian mendapatkan bantuan dari pengawal bagi membuka pintu yang ditutup itu. Kedua-dua mangsa lelaki dan wanita lingkungan usia 30-an itu selamat,” katanya.

Operasi itu tamat sepenuhnya pada jam tiga petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini