comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu cedera kereta dihempap pokok tumbang

KLUANG : Seorang pemandu cedera apabila sebatang pokok setinggi 5 meter  tumbang dan menghempap kereta Honda City yang dipandunya di Jalan taman Sri Kluang, dekat sini, petang tadi.

Kejadian berlaku jam 3.50 petang ketika hujan lebat disusuli angin kencang.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, 8 anggota bersama sebuah jentera diketuai Pegawai Bomba Kanan dua, Jusoh Mohd Saleh digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati mangsa sudah dibawa orang awam ke hospital.

Anggota bomba kemudian memotong pokok yang tumbang dan membersihkan sisa kayu di tempat kejadian.

Sementara itu, jurucakap polis Kluang ketika dihubungi mengesahkan kemalangan berkenaan.

Setakat ini, identiti mangsa belum dikenalpasti.

Loading...
Terkini