comscore
Tumpuan :
Nasional

2 maut tercampak dalam kemalangan babitkan 3 kereta

Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Persiaran Sultan Ibrahim, Klang, awal pagi tadi. – FOTO: Ihsan Bomba Selangor

KLANG: Dua maut selepas tercampak dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Persiaran Sultan Ibrahim, Klang, awal pagi tadi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak Bomba berkata, nahas turut membabitkan tujuh mangsa keseluruhannya dengan lima daripadanya cedera.

Nahas melibatkan Perodua Bezza, Honda City, dan Toyota Camry yang dipercayai dalam perjalanan menghala ke Shah Alam.

FOTO: Ihsan Bomba Selangor

Mangsa cedera adalah dua kanak-kanak perempuan, seorang bayi, dan dua lelaki.

Katanya lagi, kejadian berlaku pada jam 6.23 pagi itu menyebabkan dua mangsa maut di lokasi selepas tercampak ke dalam longkang.

“Dua mangsa telah tercampak ke dalam longkang dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dengan mangsa maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini