comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu guna siren, pandu secara berbahaya diburu

Tangkap layar rakaman menunjukkan kereta (tengah) mengeluarkan bunyi siren serta dipandu secara melulu dan berbahaya di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan. – Foto: Ihsan pembaca

SERDANG: Polis mengesan pemandu Proton Saga yang menggunakan siren dan dipandu secara berbahaya di Jalan Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini, 2 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 48 saat menunjukkan aksi kereta itu dipandu melulu yang tular di media sosial.

“Siasatan awal dilakukan mendapati kejadian itu berlaku pada 2 Oktober sebelum video mengenainya tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan pemandu itu dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 serta tidak lebih daripada RM15,000,” katanya.

Loading...
Terkini