comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pemandu mengantuk dipercayai punca kejadian – Polis 

 

 

KUALA KRAI: Nahas yang mengorbankan bayi berusia tujuh bulan di Kilometer 69 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini awal pagi tadi dipercayai berpunca daripada pemandu yang mengantuk.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamed berkata ia menyebabkan kenderaan terbabit hilang kawalan, lalu melanggar pembahagi jalan dan terus terbakar serta meletup di tempat kejadian.

Jelas Suzaimi, ketika kejadian mangsa bersama ibu bapanya dalam perjalanan pulang daripada bercuti di Serdang ke Pengkalan Chepa.

Mangsa maut Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat.

Manakala ibu bapa bayi terbabit, Wan Sharizat Azwan Sharul Anwar, 28 tahun melecur 80 peratus pada seluruh badan dan Nur Hasifah Razmi, 25, turut cedera dalam kejadian itu.

Mayat bayi pasangan itu ditemui pasukan bomba berhampiran kenderaan.

Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk menerima rawatan.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke Unit Forensik hospital sama untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini