comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Bayi 7 bulan rentung, kereta terbabas dan terbakar 

 

KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama  ibu bapanya merempuh tiang lampu sebelum terbakar di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.

Mangsa, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan jenis Honda Jazz berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Fadzil Musa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.04 pagi berhubung kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbakar.

“Terdapat tiga mangsa dalam kenderaan terbabit iaitu seorang lelaki, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, yang cedera parah akibat melecur seluruh tubuh, isterinya, Nur Hasidah Razmi, 25, cedera ringan dan anaknya berusia tujuh bulan meninggal dunia.

“Bayi berkenaan dijumpai rentung berhampiran kereta terbabit,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Bayi perempuan tujuh bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama kedua ibu bapanya melanggar tiang lampu sebelum terbakar di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.- Foto: NSTP / Ihsan bomba

Mengulas lanjut katanya, mayat bayi berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala kedua-dua mangsa yang cedera sudah diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini