comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu pelancong maut ditimpa bongkah batu di pusat riadah

Foto hiasan

IPOH: Seorang pemandu pelancong tempatan maut ditimpa bongkah batu di pusat Perkampungan Riadah dan Budaya Qing Xin Ling di Taman Saikat, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 11.30 pagi semalam.

Katanya, hasil siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 44 tahun membawa rombongan pelancong dari negara Vietnam ke bandar raya ini.

“Ketika berada di tempat kejadian, satu bongkah batu terjatuh dan mengenai kepala mangsa. Mangsa parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataannya, malam tadi.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau turut mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes supaya menghubungi pusat kawalan daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222 bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini