comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu teksi ditemui mati ditikam

KUALA NERUS: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam teksi miliknya berdekatan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Nerus, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abdul Rahim Md Din mengesahkan perkara itu setelah pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 10.56 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditemui mati di bahagian penumpang belakang dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian belakang badan.

Suspek, seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun berjaya ditangkap orang awam selepas memandu teksi dalam keadaan mencurigakan dan melanggar beberapa buah kenderaan sebelum mengaku membunuh mangsa.

Pihak polis turut menemui sebilah pisau yang dipercayai diguna dalam kejadian tersebut.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut, pihak polis telah menjumpai sebilah pisau diatas pelapik tempat kaki bahagian pemandu dan suspek berusia 29 tahun telah ditahan dan akan dibawa ke mahkamah pada pagi ini untuk permohonan reman”, katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan kes disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Beliau berkata, mayat mangsa di bawa ke unit forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Loading...
Terkini