comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemandu teksi kena penjara sebulan, cabul penumpang bas 

FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Seorang warga emas dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang penumpang bas ekpres di Terminal Bas Batu Pahat, Sabtu lalu.

Mengikut pertuduhan, Abdul Manan Abdul Manan Mohd Yatim, 68 tahun didakwa dengan niat mencabul kehormatan penumpang bas berusia 27 tahun 25 November lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman terbabit.

Berdasarkan fakta kes dikemukakan kepada mahkamah, kejadian berlaku ketika mangsa menaiki bas ekspres dari Batu Pahat untuk ke Johor Bahru.

Tertuduh yang ketika itu sedang menunggu penumpang, bertindak memasuki bas dan duduk di sebelah mangsa sebelum berpura-pura berbual dengannya.

Mangsa pada mulanya bersangka baik terhadap tertuduh namun warga emas itu mengambil kesempatan mencabulnya sebelum turun dari bas terbabit.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis dan suspek kemudian ditahan pada hari sama kejadian berlaku.

Selepas meneliti hujahan dan rayuan kedua-dua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sebulan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap.

Loading...
Terkini