comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemasangan telaga tiub di UMS selesai sepenuhnya – KPT

Oleh: Zulfakhri Shamsul Ariffin

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan telaga tiub di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selesai sepenuhnya seperti mana yang telah dijanjikan sebelum ini.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, 9 telaga tiub beroperasi sepenuhnya melalui peruntukan RM3 juta yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tambahan peruntukan RM2 juta oleh KPT.

“Sebanyak 9 telaga tiub telah beroperasi sepenuhnya dan berjaya membekalkan sebanyak 1 juta liter air sehari kepada warga kampus UMS.

 

“Ini merupakan sebahagian daripada komitmen KPT bagi alternatif tambahan kepada masalah air yang membelenggu warga kampus UMS akibat masalah penyaluran bekalan air yang dihadapi oleh Kerajaan Negeri Sabah ketika ini disebabkan loji baru yang sedang dalam pembinaan dan pemasangan paip yang sedang berjalan.

“Seperti yang diketahui, air adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan KPT dimaklumkan bahawa kerajaan negeri Sabah sedang dalam usaha menyelesaikan masalah air ini,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini