comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembayaran sumbangan khas selewat-lewatnya Isnin 

FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Isu pembayaran sumbangan khas sebanyak RM600 secara one-off kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengesahkan pembayaran akan disalurkan kepada kerajaan negeri  selewat-lewatnya Isnin,17 April.

Menterinya Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar dalam satu kenyataan berkata keputusan itu dicapai setelah sesi perbincangan bersama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM diadakan.

Beliau berkata pihaknya amat prihatin berhubung itu dan sentiasa menghargai jasa bakti murabbi ummah yang mendidik masyarakat.

Selain itu beliau berharap penyaluran sumbangan khas ini kepada penerima dapat memberikan keceriaan dalam suasana membuat persiapan sambutan Aidilfitri.

Loading...
Terkini