comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembekuan akaun Aman Palestin dilakukan mengikut undang-undang – Azam Baki

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyangkal dakwaan Aman Palestin kononnya tindakan SPRM dalam menyiasat pertubuhan itu, termasuk membekukan 41 akaun, sebagai komplot terancang dan propaganda jahat.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki menegaskan, terpulang kepada mana-mana pihak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.

Malah, SPRM juga bersedia untuk mendedahkan kepada mahkamah justifikasi mengapa pembekuan aset dibuat.

“Tindakan pembekuan aset bagi membantu siasatan adalah berdasarkan Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 yang memberi kuasa kepada sesuatu agensi penguat kuasa untuk mengeluarkan perintah membekukan harta mana-mana orang. Ia adalah tindakan yang biasa dijalankan dalam mana-mana siasatan sekiranya ada keperluan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Muhammad Rafique (tengah) bersama ahli lembaga Aman Palestin pada sidang media malam tadi. – Foto Ihsan Aman Palestin.

Jelas beliau, SPRM telah dipertanggungjawab dan diamanahkan untuk menyiasat dengan adil dan tegas sebarang isu penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, terutama kes berkepentingan awam yang melibatkan ketirisan dana.

Azam mengulas kenyataan peguam Aman Palestin, Rafique Rashid pada sidang media semalam bahawa pertubuhan itu memberi masa tiga hari kepada SPRM untuk menyahbekukan akaunnya yang dibekukan sejak 23 November lalu.

Aman Palestin juga kata Rafique akan mengambil tindakan undang-undang  sekiranya  SPRM gagal berbuat demikian.

Rafique juga mendakwa, kenyataan media SPRM pada 23 November lalu berniat jahat dan sengaja diterbitkan untuk membina persepsi negatif terhadap Aman Palestin.

Tambahnya, ia juga seolah-olah terus menghukum Aman Palestin bersalah menyeleweng dana RM70 juta walaupun dakwaan itu dinafikan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini