comscore
Tumpuan :
Nasional

Pembiayaan ESG Bernilai RM70 Juta Bantu PKS Bumiputera

Oleh Ima Liana Esa

SERDANG : Dalam menggalakkan lebih ramai usahawan PKS bumiputera mengguna pakai teknik dan teknologi pertanian moden dalam perniagaan berasaskan pertanian, Agrobank menyediakan pembiayaan sebanyak RM70 juta.

Ia tercetus hasil pemeteraian Perjanjian Kolaborasi Dana ESG “Financing for Agriculture’ oleh Agrobank dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) yang menyediakan pembiayaan kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bumiputera dalam sektor berkaitan pertanian.

Jumlah itu meliputi pembiayaan sebanyak RM30 juta bagi Pertanian Pintar dan RM40 juta bagi Jaminan Makanan untuk membiayai perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan mengurus (OPEX) kepada syarikat bumiputera yang layak.

“Pinjaman ini akan bermula 1 Sept ini, usahawan yang memohon akan mendapat manfaat kemudahan pembiayaan sehingga RM1 juta dengan tempoh maksimum pembayaran balik sehingga 10 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pertukaran Dokumen perjanjian bersama Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Datuk Md Silmi Abd Rahman dengan disaksikan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee di Taman Expo Agro Malaysia (MAEPS), pada Khamis.

Usahawan PKS boleh menggunakan pinjaman itu untuk tujuan pembelian mesin berteknologi tinggi seperti automasi penuaian, traktor autonomi, pembenihan dan dron yang boleh membantu meningkatkan produktiviti perusahaan berasaskan pertanian dan agromakanan.

Usaha di antara dua pihak ini juga selaras dengan agenda jaminan bekalan makanan negara dan penerapan amalan teknologi revolusi industri 4.0 (IR 4.0) ke dalam sektor pertanian Malaysia.

Loading...
Terkini