comscore
Tumpuan :
Nasional

Pemilik video atau gambar insiden di Elmina dimohon kemuka bahan – MOT

PETALING JAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) memohon orang awam yang memiliki rakaman video atau gambar berkaitan tragedi pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam tampil mengemukakan bahan berkenaan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian memaklumkan, bahan itu perlu dikemukakan kepada Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) untuk membantu siasatan bagi menentukan punca kemalangan udara yang meragut 10 nyawa itu.

“Tujuan utama penyiasatan dilaksanakan adalah untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan.

“Dalam hubungan ini, penyiasatan yang dilaksanakan tidak bertujuan untuk membuktikan kesalahan atau liabiliti,” jelas MOT dalam satu kenyataannya.

Bahan-bahan berkenaan boleh dihantar melalui emel [email protected] atau hubungi talian khas BSKU 03-8892 1235 (Lt Kol Juma’in Saadon TUDM).

Laporan siasatan juga perlu dibuat dalam tempoh 30 dari tarikh kejadian tersebut.

Siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13) telah dimulakan oleh BSKU.

Loading...
Terkini