comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Penagih ‘Sexting’ Muda Makin Terbuka

Oleh Faiz Rais

SERDANG: Amalan ‘sexting’ iaitu tindakan menghantar foto, mesej atau video berbaur lucah dengan menggunakan gadjet dikalangan anak-anak kecil semakin membimbangkan

Lambakan laman sembang lucah tanpa kawalan menyebabkan kanak-kanak mudah mengaksesnya.

Bermula dengan gurau-gurauan dan lama-kelamaan ketagih, sekaligus menyuburkan sifat terbuka atau ’open minded’ dan tidak malu dalam diri.

Apa yang paling dibimbangkan, mereka masih di umur naif dan perlu mendapatkan tunjuk ajar daripada ibu bapa atau guru.

Hasil tinjauan kami, laman sembang lucah ini amat aktif dan rata-rata subscribernya merupakan kanak-kanak perempuan yang semestinya pelajar di bangku sekolah.

Bayangkan ia menjadi platform mudah buat si Pemangsa yang hanya menunggu masa sahaja untuk si kecil masuk ke dalam perangkap mereka.

Wartawan Buletin TV9 juga menyamar sebagai kanak-kanak perempuan untuk mendapatkan reaksi sebenar dilapangan dan cuba mendapatkan bagaimana pendekatan dan ayat yang digunakan oleh rakan baharu dalam perbualan di aplikasi tersebut.

Hanya dimulakan dengan salam sambil sedikit puji memuji. Si mangsa mula semakin selesa dan seronok. Pemangsa pula mula meminta sedikit-demi sedikit foto wajah, anggota badan dan disertai kata dan janji manis untuk tidak mendedahkan. Si mangsa mula percaya kerana begitu naif dengan permainan palsu yang diberikan.

Apakah kesudahnnya jika sudah terjebak, selalunya jarang dapat ka kembali semula ke pangkal jalan jika tidak disedari oleh orang bertanggungjawab iaitu penjaga atau ibu bapanya sendiri.

Pegawai Perkhidmatan All Women’s Action Society (AWAM), Asrawati Awanina Aslan berkata, kita dah tengok banyak aplikasi temu janji dan bila ada aplikasi temu janji pelaku ataupun mereka yang menggunakan kesempatan teknologi ni dia akan kenalkan diri kepada kanak kanak atau remaja dan gunakan aplikasi sedia ada untuk ajak mereka aktiviti sexting ini.

“Setiap kali bila tengok anak ada simptom ataupun petunjuk yang anak bertingkah laku curiga macam contohlah, tiba-tiba dia menyorok bila nak cakap dalam telefon, itulah petunjuknya,” katanya.

Mengikut statistik kes gangguan seksual dalam talian yang dikeluarkan All Women All Society (AWAM) pada 2021, menunjukkan trend kes yang dilaporkan adalah minimum tiga kes setiap bulan. Dengan angka yanh tertinggi ialah 14 kes yang direkodkan pada bulan Februari.

“Dalam sebulan ada satu kes paling kurang, jadi boleh kata setiap bulan kita akan terima sekurang-kurangnya satu kes berkaitan dengan ‘sexting’ ataupun penghantaran video gambar penyebaran gambar tanpa keizinan,” katanya.

Bayangkan dalam masa beberapa tahun, angka ini akan terus berkembang jika tiada kawalan atau pembanterasan terhadap platform yang menawarkan hiburan lucah seperti laman sembang.

Jika lima tahun dahulu, kebanyakan ibu bapa memberi kebenaran memiliki telefon bimbit kepada anak-anak mereka ketika habis sesi persekolahan iaitu 18 tahun.

Namun kini kebanyakan kanak-kanak sudah memiliki telefon pintar seawal tujuh tahun dan ada di antara mereka boleh mengakses telefon sehingga waktu tidur.

Berikut laman sembang popular yang rancak dilayari kanak-kanak tanpa sekatan. Antara aplikasi yang digunakan ialah Litmatch, Omi, Michat, Mewe, Bee Talk dan sebagainya. Bukan itu sahaja, Leomatchbot iaitu satu saluran di Telegram juga mempunyai ramai remaja.

Walaupun aplikasi ini meletakkan syarat hanya 18 tahun ke atas untuk menyertainya tetapi ia boleh dimanipulasi menerusi tarikh lahir pengguna dengan maklumat palsu.

Iklan di media sosial mengenai laman-laman mencari rakan baharu juga kian menonjol dan tiada sekatan kerana pemiliknya telah membayar yuran iklan berkenaan.

Bayangkan penontonnya adalah anak-anak kecil hanya klik sahaja kepada iklan terus sampai kebahagian muat turun dan boleh mendaftar.

Perlu diingat, kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu. Jadi, jika mereka terjebak dengan laman sembang ini, pastinya jangan terkejut apabila mereka akan asyik melayarinya.

Selain itu, untuk menyembunyikan aktiviti atau komunikasi kotor, mereka akan menggunakan kata kunci atau kod rahsia kepada rakan maya mereka.

Ulama terkenal iaitu Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali dengan nama pena Hamka pernah berkata, hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.

Loading...
Terkini