comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pencemaran bau, tiga LRA dihenti tugas

KUALA SELANGOR : Tiga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor iaitu SSP1, SSP2 dan SSP3 terpaksa dihenti tugas ekoran insiden pencemaran bau yang dikesan di Sungai Selangor.Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya bekerjasama dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bagi mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang kawasan sungai itu.

“Senarai kawasan-kawasan yang dijangka terkesan akan dimaklumkan kelak.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas,” katanya, awal hari ini.

Foto hiasan

Sementara itu, dalam kenyataan terbaru jam 6.30 pagi tadi, Air Selangor berkata, LRA SSP1, SSP2 dan SSP 3 kembali beroperasi pada jam 4 pagi.

Bagaimanapun,  gangguan bekalan air dan tekanan air rendah masih berlaku di sebahagian kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

”Senarai kawasan sedang dikemas kini dan akan dimaklumkan pada masa yang terdekat,” katanya.

Loading...
Terkini