comscore
Tumpuan :
Nasional

Bekalan air di tujuh wilayah Selangor pulih 89 peratus

Foto: Air Selangor

PETALING JAYA: Status pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3, mencapai 89 peratus setakat jam 7 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan wilayah Hulu Selangor, Gombak dan Petaling masing-masing mencatatkan proses pemulihan 100 peratus.

Wilayah Kuala Selangor pula mencatatkan 99 peratus, Klang dan Shah Alam (83 peratus) manakala Kuala Langat, kosong peratus.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

“Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di laman sesawang https://hentitugas.airselangor.com/ serta aplikasi Air Selangor,” katanya dalam hantaran di Facebook rasminya, pagi ini.

Air Selangor menyarankan, pengguna yang sudah mendapat bekalan air, menggunakan air secara berhemah bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan.

Terdahulu, media melaporkan sebanyak 1,335 kawasan di lapan wilayah Selangor dan Kuala Lumpur dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas pencemaran bau dikesan di LRA Rantau Panjang.

Loading...
Terkini