comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencemaran Sungai Kandis: Laporan polis dibuat jika ada unsur jenayah

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

SHAH ALAM: Laporan polis mungkin dibuat sekiranya didapati pencemaran yang berlaku di kawasan saliran berhampiran Taman Perindustrian Bukit Kemuning disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri DUN Sungai Kandis, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni menzahirkan kebimbangan berikutan setakat ini pihaknya masih belum mengetahui jenis kimia di kawasan terbabit yang kemungkinan boleh merisikokan kesihatan penduduk sekitar.

“Oleh kerana kita melihat ada unsur kecuaian ataupun mungkin kita katakan unsur jenayah kepada pencemaran alam sekitar, kita tengok dulu kalau sekiranya ada unsur jenayah dan wajar buat laporan polis kami akan buat laporan polis”

Beliau berkata demikian selepas membuat tinjauan di lokasi kejadian hari ini. Tambahnya beliau bimbang sekiranya pencemaran yang berlaku menjejaskan ekosistem di lokasi terbabit.

Ujar Zawawi kejadian yang berlaku di Sungai Kim-Kim Johor Bahru pada 2019 harus dijadikan pengajaran.

Difahamkan kawasan terbabit merupakan lokasi penduduk untuk melepaskan binatang ternakan,mendapatkan ulam-ulaman serta memancing,

Justeru ia mencetuskan kebimbangan penduduk jika kawasan paya terbabit telah tercemar dengan sisa buangan yang mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar JAS juga dilihat meninjau lokasi pencemaran itu bermula.

Difahamkan mereka juga akan memantau sungai dan saliran di kawasan berhampiran.

Media pada Sabtu melaporkan Sungai Kandis bertukar menjadi biru.

Semalam, Pengarah JAS Selangor Nor Aziah Jaafar memaklumkam aliran air berwarna biru ke Sungai Kandis yang dikesan berpunca daripada pembuangan bahan berwarna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya siasatan pihaknya mendapati pelaku dipercayai membuang bahan berwarna itu pada waktu malam atau awal pagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini