comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencen penjawat awam: Ia penambahbaikan, bukan mansuh – Cuepacs

Cuepacs mahu cadangan pemansuhan pencen penjawat awam dilihat sebagai satu penambahbaikan.

SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin cadangan kerajaan mengenai pemansuhan pencen bagi kakitangan awam yang baharu dilantik sesuai dilihat sebagai satu penambahbaikan.

Presiden Cuepacs, Datuk Dr Haji Adnan Mat berkata pihaknya melihat keperluan tiga agensi utama iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan Pertubuhan Keselamatan dan Sosial (Perkeso) memberikan cadangan yang lebih baik kepada kerajaan berhubung skim berkenaan.

Presiden Cuepacs, Datuk Dr Haji Adnan Mat.

“Bagi Cuepacs, bahasa ‘pencen nak mansuh’ bukan penggunaan yang sesuai. Sebenarnya pencen nak dibuat penambahbaikan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan supaya KWSP, KWAP dan Perkeso selaku agensi yang menjaga kebajikan pekerja di negara ini untuk membuat cadangan kepada kerajaan bagaimana bentuk kebajikan yang sesuai bagi pesara pada masa hadapan.

Adnan ditemui ketika menghadiri Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan Sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Cuepacs 2024 di Klana Resort, di sini, hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (tengah) ditemani Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat (dua dari kanan) bergambar bersama penjawat awam pada Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Sembilan Bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs). FOTO: NSTP

Turut hadir Pengerusi Cuepacs, Negeri Sembilan, Abd Ghani Zainudin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Adnan berkata, Cuepacs sudah mengadakan perbincangan awal dengan ketiga-tiga agensi berkenaan dan pertemuan seterusnya ada dilaksanakan pada 25 Mac ini bagi membincangkan cadangan yang lebih baik.

“Maka dengan itu perlunya cadangan ini kita lihat dulu dan kami sudah berbincang dalam pusingan awal dan kami yakin ketiga-tiga agensi ini mampu memberi satu cadangan yang lebih baik daripada skim pencen yang ada hari ini.”

“Cuma kita dalam perkhidmatan awam terbiasa dengan perkataan berpencen. Tapi kita tidak pernah merungkai dalam bentuk penambahbaikan dalam bentuk agensi yang terkenal menjaga kebajikan ini,” katanya.

Menurut Adnan, Cuepacs lebih ‘selesa’ istilah penambahbaikan kerana mahu sebagai setiap keputusan mengenainya akan memberi kesan positif kepada mereka sebagai penjawat awam.

“Kami tahu bahawa penggunaan itu salah dan bahasa lebih tepat ialah penambahbaikan kepada generasi serta legasi anggota perkhidmatan awam akan datang,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini